Struktur Organisasi

PDRM mempunyai 4 susunlapis struktur organisasi, iaitu:-

 

BukitAman.jpg (157756 bytes) 

 

Peringkat Persekutuan

Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman (Bukit Aman). Ianya merupakan pusat pentadbiran PDRM seluruh negara. Di sinilah terletaknya pejabat Ketua Polis Negara dan lain-lain pucuk pimpinan PDRM.    

Alamat lengkap:

Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia

Bukit Aman

50560 Kuala Lumpur

Tel: 03-22626222 Fax: 03-22739602

Kontinjen.jpg (18993 bytes)Peringkat Kontinjen (Negeri)

Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) terdapat 15 Kontinjen yang masing-masing diketuai oleh Pesuruhjaya Polis bagi Kontinjen Sabah dan Sarawak dan Ketua Polis Negeri bagi lain-lain kontinjen.

IPD.jpg (22626 bytes)Peringkat Daerah
Dikenali sebagai Ibupejabat Polis Daerah (IPD). Terdapat 134 daerah pentadbiran polis di seluruh negara. Setiap daerah diketuai oleh Ketua Polis Daerah (KPD). Pangkat jawatan KPD bergantung kepada saiz sesuatu daerah polis.

Balai1.jpg (26570 bytes)Peringkat Balai

Dikenali sebagai balai polis. Setiap balai polis diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan dan setinggi-tingginya berpangkat Inspektor. Terdapat 728 buah balai polis di seluruh negara.